08 July 2015

TUNAI UMRAH DI MEKAH - DATO' SITI NURHALIZA DOAKAN RAKYAT MALAYSIA DILINDUNGI



Datuk Siti Nurhaliza antara yang tidak ketinggalan mengikuti kemelut yang melanda politik negara sejak akhir-akhir ini.

Beliau yang kini berada di Tanah Suci bagi mengerjakan umrah bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, menitipkan doa berikut untuk rakyat Malaysia.

Tanpa menyebut mana-mana nama, Siti menyatakan harapan agar rakyat Malaysia dilindungi dari fitnah dan pembohongan.

Klik gambar untuk size besar




"Ya Allah...kau tunjukkan kebenaran, sesungguhnya kami memohon jauhi kami dari berfitnah dan didusta," ucap Siti di laman IGnya.

Doa yang dititip Siti adalah doa Nabi Muhammad SAW untuk pemimpin yang menzalimi rakyatnya.

Siti sebelum ini pernah meluahkan rasa kesalnya dengan kemelut yang melanda Tabung Haji dan 1MDB, juga di laman IGnya.

















         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...