09 July 2015

AKIBAT JANGKITAN BUAH PINGGANG - ZUR EDA DIMASUKKAN KE HOSPITAL



Penyanyi 80-an, Zur Eda, telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak kelmarin kerana jangkitan kuman di buah pinggang.

Perkembangan itu disahkan oleh anak sulungnya, Siti Sarah Zulkilfi.

Malah beberapa teman artis lama turut memuat naik status mengenai penyanyi lagu 'Kelmarin' itu di laman sosial termasuk Noorshila Amin.

Klik gambar untuk size besar




"Mama (Zur Eda) memang dalam keadaan lemah. Sejak tiga hari lalu, dia memang mengalami demam dan muntah.

"Mama juga mengadu sakit perut. Semalam keadaannya makin teruk, kami terpaksa bawa mama ke hospital.

"Empat tahun lalu, dia pernah kena jangkitan kuman di buah pinggang. Ingat sudah okey, tapi tak sangka penyakit itu menyerang kembali. Sekarang doktor tengah mengenalpasti punca.

"Tapi apa yang dapat dimaklumkan, memang mama ada jangkitan kuman di buah pinggang," ujar Siti Sarah dipetik sebagai berkata.



Sumber: BH



         ________________________




No comments: