28 July 2015

"LARANG BABAK PELUK CIUM INI TAK MASUK AKAL" - PENERBIT PENCIL PICTURES



Tindakan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) yang menetapkan garis panduan serta larangan untuk babak intim dan juga bersentuhan menimbulkan reaksi berbaur.

Berterus terang dengan perkara tersebut, Datuk Normashayu daripada produksi Pencil Pictures mempunyai pendapatnya sendiri.

Menurut Normashayu , walaupun dia merasakan arahan tersebut tidak masuk akal, dia bakal menggunakan kreativiti tersendiri untuk menyampaikan mesej filem terbitannya.

Klik gambar untuk size besar




"Rasa tak masuk akal sebab nama pun filem, kalau kita tidak boleh memuatkan babak seperti ini, itu bukan namanya filem. Macam mana kita nak hasilkan filem kalau mesej yang nak disampaikan tak sampai kepada penonton.

"Saya berfikiran positif dan tidak boleh nak lawan apa yang sudah ditetapkan. Kalau saya boleh lawan, saya akan lawan, tetapi memandangkan saya ini kerdil dalam industri, jadi saya ikut saja apa yang sudah ditetapkan.



Selain itu, dia juga menyatakan dalam masa yang sama perkara tersebut juga mampu dilaksanakan dengan merujuk kepada filem Ayat-Ayat Cinta dan cerita bercorakkan Islamik. Kebanyakan filem tersebut hanya menggunakan bahasa tubuh dan tanpa sentuhan namun memberikan kesan yang mendalam kepada penonton.

"Namun masih ada filem tak perlu pegang-pegang tapi boleh hit macam filem Ayat-Ayat Cinta dan cerita Islamik. Cukup sekadar bahasa tubuh dan dialog sudah memadai untuk kita betul teruja dengan jalan cerita itu walaupun tidak ada babak pegang-pegang atau buka-buka.

"Apa yang penting kreativiti dan bakat pada pelakon itu. Tak kisah sama ada pelakon tempatan mahupun luar. Kalau ada banyak pelakon berbakat di Malaysia sampai tida ada pilihan tidak mengapa, tetapi ini segelintir yang benar-benar berbakat," ujar Normashayu dipetik sebagai berkata.



         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...