AF kembali lagi!
Untuk kesekian kalinya, program hiburan realiti yang pernah menjadi kegilaan rakyat Malaysia satu ketika dahulu bakal bermula pada Ogos ini.
Astro Ria semalam telah mengumumkan bahawa komposer dan anggota KRU serta Mojo, Edry Abdul Halim sebagai pengetua musim terbaru Akademi Fantasia 2015 (AF2015).
Klik gambar untuk size besar
Masih mengekalkan format asal, AF2015 bakal menyaksikan kehadiran gabungan semula barisan tenaga pengajar yang cukup sinonim dengan penerbitan AF serta pernah menyumbangkan khidmat dan kepakaran bagi mendidik bakal bintang untuk -musim terdahulu iaitu Acis sebagai Pengarah Muzik Konsert, Shahrol sebagai Guru Vokal, Fatimah Abu Bakar sebagai Guru Motivasi dan Bahasa Inggeris, Linda Jasmine sebagai Guru Tarian dan Kareografi, Fauziah Nawi sebagai Guru Seni Persembahan dan Que Haidar sebagai Guru Pementasan
"Pihak Astro dan keluarga AF berasa amat gembira dan bertuah dengan persetujuan Edry Abdul Halim untuk memimpin akademi pada kali ini. Pengalaman dan kredibiliti beliau sebagai seorang komposer dan penghibur yang cukup berpengaruh dalam industri muzik tempatan sememangnya tidak perlu disangkal lagi.
"Pembabitan beliau dalam program AF sebenarnya bukanlah baharu kerana sebelum ini beliau juga pernah diberi mandat sebagai juri tetap sewaktu AF2013. Disokong dengan barisan tenaga pengajar yang merupakan tulang belakang AF dan cukup arif dalam bidang masing-masing, kami yakin beliau mampu menerajui akademi dan membimbing para pelajar untuk menjadi bintang yang bakal memberikan saingan dalam industri ini kelak," ujarnya dipetik sebagai berkata.
"Secara jujurnya, pihak Astro sendiri sebenarnya berasa amat teruja dan sudah tidak sabar lagi untuk membuka tirai AF2015. Pelbagai perancangan yang teliti sudah pun dirangka bagi memastikan janji kami untuk menerbitkan sebuah lagi musim yang terbaik bagi mengubati kerinduan para peminat dapat dikotakan.
Selain itu, seramai 16 orang pelajar AF2015 turut diperkenalkan secara rasmi yang terdiri daripada lapan orang pelajar lelaki dan lapan orang pelajar perempuan:
LELAKI: SHARUL; [Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman, 19, Negeri Sembilan]; IQWAN; [Muhammad Ikhwan Alif Salim, 20, Perak], SYAMEL; [Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 22, Kuala Lumpur], OPENG; [Anthonasius Jadil, 23, Sabah], FAROQ; [Muhammad Amyroulfarouk Mohd Nor, 23, Melaka], SUFI; [Mohammad Sufie Rashid, 24, Singapura], SYAHID; [Khairul Mohd Syahid Abu Hassan, 27, Melaka] dan WILI; [Suili George, 28, Sabah].
WANITA: BILA; [Nurnajmi Nabila Samsaidi, 19, Kuala Lumpur], ZIQA; [Nurhusnina Haziqah Naharuddin, 19, Johor], ARISA; [Sharmaine Arissa Shahrudin, 21, Selangor], AZIAH; [Aziah Awang, 21, Sabah], IFA; [Sharifah Nabilah Syed Azhar, 21, Kedah], LISA; [Allyssa Joanne Anak Jambi, 22, Sarawak], RACHEL; [Ang Hui San (Rachel), 23, Pahang] dan DALILA; [Nurdalila Mohamed Yusof, 23, Singapura].
"Sejak mula diterbitkan pada tahun 2003, saban tahun kami menerima banyak penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat yang cukup berbakat dan ini menjadi cabaran kepada pihak produksi Astro sendiri untuk menyenarai pendek barisan peserta yang benar-benar berpotensi dan menonjol untuk diserap masuk bagi menyertai musim ini.
"Tahun ini juga bakal menyaksikan 16 orang pelajar yang berjaya disenarai pendek menerusi saringan pemilihan yang cukup telus dan teliti. Kesemua mereka bukan sekadar mampu untuk melontarkan vokal dengan baik tetapi juga memiliki identiti, karakter dan aura sebagai penyanyi atau penghibur yang turut menjadi teras pemilihan pihak produksi. Kami percaya mereka juga sudah tidak sabar lagi untuk memperlihatkan bakat sedia ada yang mereka miliki,"jelas Azlin.
Rangkaian program AF2015 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Program pengenalan Tirai AF2015 akan ke udara selama dua episod bermula 1 hingga 2 Ogos ini jam 9 malam. Selain itu, rutin seharian para pelajar menjalani kehidupan di akademi juga dapat ditonton melalui liputan harian Diari AF2015 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 9 malam bermula pada 3 Ogos.
Manakala Konsert Mingguan AF2015 pula akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, jam 9 malam mulai 9 Ogos. Bagi merancakkan lagi penerbitan musim ini, AF2015 bakal membuat kejutan sewaktu Konsert Penentuan di minggu yang pertama kelak. Kesemua 16 orang pelajar akan membuat persembahan secara langsung buat julung kalinya di khalayak ramai.
100 peratus keputusan dan kuasa penjurian adalah berdasarkan pemilihan oleh Pengetua dan Barisan Tenaga Pengajar AF2015. Jumlah pelajar yang bakal meneruskan perjuangan dalam AF2015 hanya akan terjawab pada malam Konsert Penentuan itu nanti. Selain itu, AF2015 juga sekali lagi memberi kepercayaan kepada Zizan Razak dan Faizal Ismail untuk menggalas tanggungjawab sebagai Pengacara Konsert Mingguan.
Sumber: BH
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment