29 July 2015

BAPA DIGUGUR JAWATAN TPM - NAJWA MAHIADDIN LUAH PERASAAN DI TWITTER



Anak kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Najwa Mahiaddin, 28, turut memberi reaksi kepada pengumuman senarai terbaharu Kabinet baru-baru ini.

Menerusi akaun laman sosial Twitternya, Najwa memuat naik status 'Allah Knows Best' yang membawa maksud Allah Lebih Mengetahui.

Tweet tersebut seolah memberi reaksi kepada pengumuman senarai terbaharu Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menggugurkan ayahnya sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM)

Klik gambar untuk size besar




Tan Sri Muhyiddin Yassin telah digugurkan daripada kabinet selepas beliau mengkritik mengenai isu 1MDB dan The Edge di hadapan umum baru-baru ini. Namun begitu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberikan jaminan bahawa beliau akan kekal setia dengan UMNO dan menerima pengguguran ini dengan hati terbuka.

Najwa selama ini memilih untuk tidak mencampur adukkan kerjaya seninya dengan status keluarga beliau yang bertaraf VVIP.

Statusnya itu mengundang reaksi pelbagai pihak termasuk memberikan sokongan kepada beliau sekeluarga.



Selain Najwa, Farhan Yassin juga meluahkan perasaan dengan memuat naik gambar ayahnya yang menyentuh hati di laman Instagramnya. Gambar itu dipercayai dirakam di luar pejabat Perdana Menteri di Putrajaya selepas pengumuman rombakan tersebut.

Najib hari ini mengumumkan rombakan Kabinet dengan menyaksikan Muhyiddin digugurkan dan tempatnya digantikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Muhyiddin mula menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 9 April 2009.

Selain Muhyiddin, empat menteri dan seorang timbalan menteri turut digugurkan setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran.



Sumber: BH



         ________________________




No comments: