06 August 2015

DIKECAM GARA-GARA LUKISAN BABI DI KOPI - ELFIRA LOY DIDAKWA TAK SENSITIF



Masihkah anda ingat dengan iklan haiwan Wombat yang didakwa sebagai babi memakai baju Melayu pada musim perayaan lalu? Jika ketika itu kemungkinan berlakunya salah faham, namun isu babi kembali hangat apabila Elfira Loy pula memuat naik gambar kopi yang dilukis muka babi dibuihnya.

Akibatnya, Elfira telah menerima pelbagai kritikan daripada pengguna laman sosial yang mengatakan dia tidak sensitif. Tambahan pula, gambar seni kopi tersebut telah dikongsi dikafe miliknya sendiri.

Klik gambar untuk size besar




Apa yang lebih menarik, ia turut menjadi usikan dan sindiran pelawak Harith Iskander.

Bagaimanapun, menurut Elfira di Instagramnya, perkara tersebut hanyalah atas dasar seni dan ada beberapa peminat yang menyokong pandangannya itu meskipun ada segelintir yang menyifatkan lukisan babi di hidangan kopi adalah tidak sopan.

Selanjutnya, ia telah menimbulkan perbalahan diruangan komen apabila Elfira mempertahankan isu tersebut.













         ________________________




No comments: