06 August 2015

VIDEO - BILA DATO' SITI NURHALIZA NYANYI LAGU TAMIL



Siapa tak kenal dengan primadona negara yang memiliki kelunakan suara yang tiada tandingannya.

Dato' Siti Nurhaliza Tarudin nyata sekali memang berbisa dan berbakat besar apabila menyahut cabaran merakamkan lagu dalam bahasa Tamil.

Menerusi laman IG penyanyi tersohor negara itu, beliau telah memuat naik sebuah video yang memperlihatkan aksinya merakam suara untuk sebuah lagu Tamil yang bertajuk 'Nenge Ezhu'.

Klik gambar untuk size besar


VIDEONYA SELEPAS INI...



Lagu Tamil itu adalah karya komposer AR Rahman yang merupakan salah seorang pengarah muzik serta komposer terkenal dalam industri hiburan di India serta Hollywood.

Dalam beberapa video yang dimuat naiknya, Siti dilihat telah membuat latihan serta menyanyikan beberapa bait lirik lagu Nenge Ezhu untuk program International Superstar 2015 terbitan Astro.

"Saya memang mengakui merupakan penggemar lagu-lagu ciptaan beliau dan mempunyai cita-cita untuk bekerjasama dengannya dalam album mahupun sebuah lagu.

"Apabila diberitahu bahawa saya akan menyanyikan lagu ciptaan beliau, saya menganggapnya sebagai bulan jatuh ke riba dan memang menunggu peluang terbaik ini.

"Syukur Alhamdulillah. Proses rakaman telah berjalan dengan lancar dan baik sekali sehinggakan penerbit itu cukup berpuas hati dengan cara sebutan serta nyanyian saya," ujar Siti dipetik sebagai berkata.

Cayalah Siti!

Klik link dibawah ini untuk tonton video

VIDEO 1
VIDEO 2
VIDEO 3
VIDEO 4



         ________________________




No comments: