01 September 2015

DIANA RAFAR DIFITNAH 'REBRAND' PRODUK JAMU SUSUK DARA



Baru-baru ini, aktres dan juga duta produk Dr. Glow, Diana Rafar telah didakwa cuba untuk 'rebrand' produk Jamu Susuk Dara dengan menggunakan nama 'Abkara Secret Capsul'.

Menurut pengasas produk Jamu Susuk Dara ini, aktres ini mengambil kesempatan dan jalan pintas bagi melariskan produknya.

"Erm... Terdesak nak hidup. Tak ada usaha. Ambil jalan pintas nak lakukan produk. Artis tak tahu malu. Tunggu mr lawyer respon call. Artis Diana Rafar tolong jawab. Nak settle mcm mana ni? Awak dah petik2 sy ni. Patutlah diva AA kuat carut. Artis ni jahat rupanya," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Klik gambar untuk size besar




Malah pengikut laman sosial FBnya juga turut menyokong pengasas ini untuk mengambil tindakan terhadap aktres ini.

Susulan daripada dakwaan yang dibuat berkenaan tuduhan Diana cuba untuk 'rebrand' produk Jamu Susuk Dara, kononnya untuk melariskan produk sendiri, Diana akhirnya tampil menerusi laman Instagramnya dengan tenang menafikan tuduhan tersebut.

Perkara tersebut berlaku kekecohan apabila peminat Diana Rafar dan juga antara pengguna yang pernah menggunakan produk turun-temurun daripada keluarga Diana mengesahkan dakwaan itu adalah salah.



Kesian, tak pasal-pasal nama Diana Rafar pula dipetik. Kalau nak tahu produk sebenar yang dah lama berada di pasaran sebelum ini dikenali sebagai ‘Jamu Dara Semula’ dan kini dinamakan kembali dengan nama ‘Abkara Secret Capsule’, @abkarasecret.

Harap-harap kes ini dapat diselesaikan dengan cara yang baiklah kan. Duduk sama-sama dan bincang, tak perlulah sampai nak saman-menyaman pula. Isu yang sebenar, penjual produk kecantikan yang silap petik nama tak tentu pasal, akhirnya berlaku perselisihan faham.

Yang tidak bersalah pula menjadi mangsa, apa-apa pun bersabarlah yer Diana.

















         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...