01 September 2015

SAH BERPECAH - SLEEQ NAFI BUBAR SEBAB ISTERI



Kumpulan duo iaitu Sleeq yang kini sedang berada di puncak dikatakan sudah berpecah dan membawa haluan masing-masing.

Namun, ada khabar angin mengatakan punca perpecahan kumpulan tersebut adalah kerana timbulnya salah faham yang berpunca daripada isteri masing-masing.

Untuk info, kumpulan Sleeq ini terdiri daripada Ahmad Syarifullah Bin Ahmad Soribah (Syarif) dan Muhammad Alif Abdullah (Alyph).

Klik gambar untuk size besar




Berita tersebut disahkan sendiri oleh Alyph apabila dia mengesahkan #1 adalah single terakhir daripada Sleeq tetapi beliau menafikan mereka berpecah kerana isteri mereka bergaduh.

"Benar #1 adalah single terakhir dari Sleeq, malah saya juga akan menukar nama saya kepada ALIF sahaja selepas ini. Tiada lagi Sleeq di belakang nama saya. Namun bab kerana isteri kami bergaduh sampai bubarkan Sleeq memang tidak benar. Apa yang menyebabkan kami pergi arah bertentangan kini adalah disebabkan komitmen masing-masing," ujar Alyph dipetik sebagai berkata.



Difahamkan, selepas ini Alyph yang sudah mempunyai studio rakaman beliau sendiri tetap akan meneruskan kerjaya nyanyian beliau secara solo dan Syarif pula akan lebih fokus kepada perniagaan beliau di kota Singapura.

"Saya anggap ini perkara biasa, cuma selepas ini tiada lagi Sleeq memandangkan saya akan meneruskan karier nyanyian secara solo manakala Syarif pula akan memberi tumpuan buat perniagaannya di Singapura. Kalau mahu kata perkahwinan juga sebagai perpecahan kami, saya tidak mahu nafikan.

"Namun secara positifnya bila sudah berkahwin kami tahu tanggungjawab masing-masing dalam memastikan sumber kewangan kami kukuh, jadi ini adalah cara terbaik buat kami ketika ini," jelasnya.



         ________________________




No comments: