01 September 2015

BELUM RANCANG TAMBAH ANAK - FASHA SANDHA SERAH SEMUA PADA ALLAH



Kehadiran dua cahaya mata di dalam kehidupannya kini sememangnya memberi sinar yang cukup bahagia kepada Fasha Sandha, namun dalam masa yang sama, sebenarnya sang suami mahu menambah anak lagi.

"Sebenarnya suami memang mahu menambah anak lagi tapi saya sahaja yang belum bersedia. Kalau boleh saya mahu menjarakkan sedikit memandangkan usia mereka rapat. Tapi semua saya serahkan kepada Allah. Jika ada rezeki mempunyai anak lagi (waktu terdekat) saya terima.

Klik gambar untuk size besar




"Kalau lambat pun tak kisah memandangkan saya sudah memiliki anak," ujar Fasha dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu, Fasha turut memberitahu bahawa dia tetap mengutamakan kepentingan keluarga berbanding perkara lain apatah lagi anak keduanya masih lagi menyusu badan.

Selain mengakui jadual kerjanya yang padat, Fasha juga menyatakan bahawa sebenarnya untuk meninggalkan rumah bukan sesuatu yang mudah kerana perlu melayan kerenah cahaya matanya agar tidak meragam apabila dia keluar ke lokasi penggambaran.







         ________________________




No comments: