01 September 2015

PERCUTIAN TIDAK DITAJA - HAIRUL AZREEN ANGGAP INI SEBAGAI 'UPAH' KERJA KERAS



Sebelum ini, pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha telah berkongsi kegembiraan meluangkan masa bersama bermadu kasih dan berbulan madu di kepulauan Bora Bora.

Ramai yang mengetahui bahawa destinasi bulan madu mereka adalah tempat yang eksklusif, mewah dan cukup terkenal sebagai pulau untuk bintang Hollywood menenangkan fikiran mereka dan ia juga bukan calang-calang harganya.

Malah ada pihak yang mempersoalkan banyak betul wang Hairul dan ada juga menyangka beranggapan mereka mendapat tajaan.

Klik gambar untuk size besar




Menurut Hairul, apa yang dilihat oleh orang ramai tersebut merupakan hasil titik peluhnya dan simpanannya sendiri malah dalam masa yang sama mendedahkan, percutian mereka itu sememangnya menjadi impian mereka berdua.

"Kami tak ditaja langsung sebaliknya menggunakan duit sendiri. Ini 'upah' terhadap kerja kerja keras saya selama ini. Saya bukan orang yang boros dan suka keluar ke sana sini. Setiap sen yang diperoleh, saya simpan," ujar Hairul dipetik sebagai berkata.

Selain itu, Hairul juga menyatakan bahawa sepanjang mereka bercuti di sana, mereka menghabiskan masa berdua selain turut sempat mencuba pelbagai aktiviti yang ada di sana malah perkongsian gambar mereka di Instagram juga mendapat pujian daripada peminat kerana terlalu manis katanya. (rtky/s)











         ________________________




No comments: