01 September 2015

ISTERI SUDAH BERHIJAB PENUH - TOMOK HARAP PERHIJRAHAN INI BERTERUSAN



Siti Rahayu Abas, 36, isteri kepada Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 31, kini telah mengenakan hijab sepenuhnya.

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Tomok menerusi laman Instagramnya. Malah, menurut Tomok, dia sangat gembira dengan perkara tersebut.

Penghijrahan isteri Tomok itu juga diiringi ucapan tahniah di laman Instagram selain turut mendoakan kebahagiaan pasangan ini.

Klik gambar untuk size besar




"Dia mula bertudung mulai semalam. Alhamdulillah, terbuka pintu hati dia untuk bertudung dan saya sangat-sangat gembira dengan perkara ini. Maklumlah, perkara inikan adalah satu kewajiban dan saya berharap penghijrahan ini adalah berterusan,” jelas Tomok mengenai perkara berkenaan.

Apa yang menariknya, hari ini (1 September) merupakan hari lahir isterinya yang tercinta itu dan mereka meluangkan masa bersama-sama.

"1 september 2015. Selamat ulangtahun yg ke 36 buat isteri saya yg tercinta.. semoga panjang umur dan allah berikan kesihatan yang baik untuk dibu.

"Semoga dapat mendidik anak2 kita dengan sempurna..insyaallah. ayah sayang dibu...selamat ulangtahun," ucap Tomok buat isteri tercinta.

Tahniah dan selamat hari lahir kami ucapkan buat Ayu.















         ________________________




No comments: