02 September 2015

LAIN ANAK LAIN PERANGAI - ZIANA ZAIN ULAS MENGENAI PRIVASI



"Anak-anak saya, terutamanya anak lelaki enggan wajah mereka dikongsikan di akaun Instagram. Namun, ada pengecualian dan saya minta izin untuk memuat naik foto keluarga ketika sambutan Syawal," demikian kata Ziana Zain mengenai kritikan segelintir pihak yang mendakwa penyanyi dan pelakon itu kedekut mendedahkan gambar keluarganya.

Bagaimnanapun, alasan dia jarang berkongsi gambar keluarganya adalah bagi menghormati privasi mereka.

"Berbeza pula dengan anak perempuan yang sering minta saya memuat naik gambarnya. Lain anak lain perangainya.

Klik gambar untuk size besar




"Tidak dinafikan media sosial adalah penting tetapi tidak semua perlu dikongsikan di laman sosial. Terlalu banyak perkongsian juga boleh memudaratkan.

"Selain ingin menjaga privasi keluarga, faktor keselamatan juga menjadi antara aspek yang perlu dititik beratkan," ujar Ziana dipetik sebagai berkata.

Dalam hal ini, dia berpendapat media sosial memang penting untuk mendekati peminatnya namun perlu ada batasan antara kerjaya dan hal peribadi.



Selanjutnya, mengulas mengenai imej bertudung selebriti wanita yang sering dikritik peminat, Ziana menyifatkan kritikan itu adalah lumrah. Tambahnya ia perlu diterima bagi selebriti sepertinya dan menerima komen-komen yang diberikan dengan hati terbuka.

"Saya sebenarnya tidak ambil pusing mengenai perkara itu kerana dalam dunia artis ini orang akan mengata dan memuji.

"Setiap manusia mempunyai pandangan sendiri untuk memberi pendapat tetapi kadang-kadang orang yang memberi pandangan itu melihat seolah-olah diri mereka sempurna. Kadang kala kata-kata yang dilemparkan itu begitu kasar," kata Ziana ketika ditemui media pada majlis perlantikannya sebagai duta produk kesihatan Agetech.





Sumber: BH



         ________________________




No comments: