08 September 2015

HAZIQ AF4 NIKAH JUMAAT INI



Siapa yang tidak kenal dengan pelajar Akademi Fantasia musim ke-4 yang mempunyai suara merdu, kalau bukan Haziq Rosebi.

Dengan khabarnya, Haziq bakal menamatkan zaman bujangnya Jumaat ini bersama gadis pilihannya, Maisarah Mohd Sidki.

Difahamkan, majlis pernikahan mereka akan diadakan sekitar jam 8 malam di rumah pengantin perempuan di Taman Setiawangsa. Keesokan harinya mereka akan bersanding di sebuah dewan di Taman Melawati.

Klik gambar untuk size besar




Haziq dan Maisarah yang bercinta hampir empat tahun itu telah bertunang pada 23 November tahun lalu.

Pada majlis pernikahan itu nanti, Haziq akan menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 dan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh daripada pengantin perempuan.

Pasangan ini akan diraikan sekali lagi pada 7 November hadapan di kampung halaman Haziq di Melaka.



"Insya-Allah saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami. Kehidupan saya nanti pastinya akan bertukar 360 darjah.

"Harap semuanya akan berjalan lancar. Adalah serba sedikit pihak yang sudi menaja termasuklah Qaseh Aswana Bridal di Sentul.

"Konsep majlis nikah nanti macam pernikahan orang lain. Cuma majlis sanding sahaja kami pilih tema moden, ujar Haziq dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu, Haziq juga memberitahu bahawa pada hari Isnin depan, dia dan isterinya akan berbulan madu di Bali. Ia tajaan JetWorld Holidays Travel & Tour Sdn Bhd.






Sumber: BH



         ________________________




No comments: