09 September 2015

"SUAMI SAYA DAH CERAIKAN SAYA" - DAKWA LINDA RAFAR



Sebelum ini, penyanyi dan pelakon, Linda Rafar, 37, memuat naik gambar memaparkan pasangan berkahwin dengan coretan 'Awalnya, semua begitu indah. Nyatanya, tak seindah di awal' berserta logo bertulis 'Akte Cerai' di Instagram, pagi semalam. Bekas anggota Elite itu turut meletakkan 'emoji' atau lambang hati yang sudah terbelah.

Terkini, Linda mendakwa suaminya, Syed Aiman, 40, telah melafazkan cerai terhadapnya pagi semalam dan tambahnya, Syed melafazkan cerai itu di kediaman mereka di Shah Alam kira-kira 7 pagi semalam dan ia turut disaksikan ibu dan anaknya.

"Dia (Syed) lafazkan cerai disaksikan ibu dan anak saya. Bagaimanapun, selepas itu dia menyesal tetapi pada saya sudah terlambat. Hati saya hancur dan saya kini trauma,," ujar Linda yang kini sedang hamil tiga bulan.

Klik gambar untuk size besar




Sementara itu, Syed ketika dihubungi menafikan rumah tangganya bermasalah dan dia tidak tahu apa yang dimuat naik Linda di Instagram.

Difahamkan, Linda akan ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini bagi mengesahkan lafaz cerai itu.

"Saya kini berada di rumah, tak ada apa-apa pun berlaku dan semuanya ok saja. Saya tak tahu apa yang dia (Linda) muat naik di Instagram. Kalau tak diberitahu, saya memang tak tahu apa-apa," jelasnya. (rtky/s)

Menurut Syed, mustahil rumah tangga mereka kini bermasalah kerana Linda sedang hamil anak ketiga.





Sumber: Harian Metro



         ________________________




No comments: