12 September 2015

SUAMI BELOT, TERIMA HABUAN - UMIE AIDA MAHU BERPISAH



Jika suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan itu belot dalam perjuangan berhubung isu kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Umie Aida mahu meninggalkannya.

Jelas Khairuddin yang juga bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan, isterinya itu bertindak demikian bagi memastikan beliau tidak tunduk atau 'termakan' pelbagai habuan yang ditawarkan supaya menarik balik laporan yang dibuatnya sejak tahun lalu.

"Umie pernah kata kepada saya, jika ada sesiapa tawarkan kebendaan, wang ringgit dan sebagainya untuk saya tarik balik laporan polis dan kalau saya terima, mungkin dia akan tinggalkan saya.

Klik gambar untuk size besar




"Selama saya terbabit dalam isu ini juga, isteri saya tidak pernah berhenti memberi semangat untuk saya teruskan perjuangan ini sampai selesai dan andai kata dia dapati saya belot atau lari daripada perjuangan ini, dia ugut akan tinggalkan saya," ," ujar Khairuddin dipetik sebagai berkata.

Khairuddin mencetuskan kontroversi apabila membuat laporan polis pada Disember tahun lalu terhadap 1MDB, diikuti laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan terkini bertindak melaporkan isu sama ke luar negara termasuk Switzerland, Perancis, Hong Kong dan Singapura.

Bagaimanapun menurut Khairuddin, beliau bersyukur dan kagum dengan ketabahan isterinya itu walaupun keluarga mereka dihimpit pelbagai tekanan termasuk diisytiharkan muflis dan rumah yang didiami mereka melalui cubaan untuk dilelong.



"Kesetiaan dan pendirian dia amat saya kagum dan tak sangka dia sekuat itu dalam hadapi dugaan kami pada masa ini walaupun dia memang tak sukakan politik.

"Dia cukup tabah. Sebagai orang seni mulanya saya takut keadaan ini jadi culture shock kepada dia, tapi rupa-rupanya dia lebih kuat daripada saya," katanya yang kesal kerana isterinya turut diheret dalam kancah ini apabila akaun banknya turut dibekukan baru-baru ini.

Khairuddin juga menghargai pengorbanan isterinya yang bersusah dengannya dengan menjual tudung dan pelbagai produk lain sebagai sumber kewangan untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga.

"Siang malam bertungkus lumus dan tetap teguh bersama saya," jelasnya.




Sumber: mStar



         ________________________




No comments: