12 September 2015

52 GAMBAR - HAZIQ AF4 & MAISARAH SELAMAT BERGELAR SUAMI ISTERI



Bekas Akademi Fantasia musim Ke-4 iaitu Haziq Rosebi telah selamat bergelar suami kepada Maisarah Mohd Sidki dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di rumah pengantin perempuan di Taman Setiawangsa, malam semalam.

Pasangan itu dinikahkan oleh abang sulung Maisarah, Mohammad Immanuddin Mohd Sidki dengan hanya sekali lafaz sambil disaksikan Muadzeen Ackil selaku Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Masjid Muadz Bin Jabal, Kuala Lumpur.

Dalam majlis tersebut, Haziq menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 dan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh daripada pengantin perempuan.

Klik gambar untuk size besar




Difahamkan, hari ini mereka akan bersanding di sebuah dewan di Taman Melawati dan pasangan ini akan diraikan sekali lagi pada 7 November hadapan di kampung halaman Haziq di Melaka.

"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Ini tanggungjawab dan fasa baharu yang akan ditempuhi kami. Kehidupan saya pastinya akan bertukar 360 darjah dan harapnya kebahagiaan kami sampai ke jannah," ujar Haziq dipetik sebagai berkata.

Untuk makluman, Haziq dan Maisarah mengikat tali pertunangan mereka pada 23 November tahun lalu. Mereka bercinta hampir empat tahun.

Dalam pada itu, Haziq juga memberitahu bahawa hari Isnin ini, dia dan isterinya akan berbulan madu di Bali yang ditaja JetWorld Holidays Travel & Tour Sdn Bhd.








































































































Sumber: BH
Foto: Haziq Rosebi Instagram



         ________________________




No comments: