23 October 2015

"BELUM REZEKI KAMI UNTUK TIMANG ANAK" - ACHEY



Akui sering dibelenggu persoalan mengenai cahaya mata, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 29, berkata beliau enggan terlalu berharap dan menganggap ia sebagai rezeki.

Menurut Achey, beliau dalam masa yang sama ingin menjaga hati isterinya, Nor Hasanah Yahaya, 25, yang turut sering diajukan soalan begitu.





"Saya anggap ia sebagai lumrah kehidupan yang mana soalan seperti bila hendak berumah tangga dan bila hendak mendapat anak kerap kali diajukan.

"Siapa yang tidak inginkan anak? Namun begitu, saya enggan terlalu memikirkan perkara itu dan menyerahkan semuanya kepada Allah. Kami sentiasa berdoa agar dapat menimang cahaya mata namun tidak perlu tergesa-gesa.

"Lagipun, kami baru saja berkahwin selama empat tahun. Mungkin sudah tertulis untuk kami meluangkan lebih banyak masa bersama.



"Dalam masa yang sama, saya ingin menjaga hati isteri agar tidak tersinggung dengan asakan soalan berhubung hal anak," ujar Achey dipetik sebagai berkata.

Achey berkata, mereka sudah mendapatkan nasihat doktor mengenai perkara itu dan memaklumkan beliau dan isterinya tidak mempunyai sebarang masalah untuk menimang cahaya mata.

Katanya, doktor turut menyarankan isterinya untuk tidak melakukan senaman dan kerja berat.

"Buat masa ini, sebarang perancangan untuk mengambil anak angkat dalam masa terdekat belum lagi dibincangkan. Kehidupan saya dan isteri sering kali diserikan dengan kehadiran anak-anak saudara yang masih kecil," jelasnya.


Sumber: BH



         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...