18 October 2015

"MANA ADA GEGAR VAGANZA 'DOWNGRADE' KARIER NYANYIAN" - EZLYNN



"Bagi saya amat tidak wajar, sekiranya semua penyanyi beranggapan GegarVaganza boleh 'downgrade' karier nyanyian mereka, tanggapan itu adalah salah," demikian kata penyanyi Ezlynn yang menepis dakwaan segelintir pihak yang kononnya mengatakan bahawa program seperti Gegar Vaganza 2 mampu merendahkan kemampuannya sebagai seorang penyanyi.

Malah menurut Ezlynn, program ini amat bagus untuk semua penyanyi untuk menunjukkan bakat mereka yang lebih bergerak aktif di belakang tabir dan pernah menjadi 'hits' pada waktu ketika dahulu.

"Nyanyian ini adalah seni dan tidak wajar dikategorikan dengan kelas-kelas tersendiri. Tidak boleh set dalam minda bahawa bakat yang ada pada seorang penyanyi itu dihadkan pada satu tahap sahaja.

Klik gambar untuk size besar




"Diberikan peluang untuk tampil dan bertanding dalam program ini, ia bonus untuk saya yang telah lama menyepi hampir 10 tahun," jelasnya.

Dalam pada itu, Ezlynn juga mahu buktikan yang dirinya mampu menyanyi lagu genre lain walaupun lebih dikenali dengan lagu rock, rancak dan pop rock.

"Sebenarnya saya juga boleh menyanyikan lagu irama melayu dan lagu-lagu berentak lain. Cuma dalam pertandingan ini saya paling gentar dengan kak Sheeda kerana saya sendiri tidak dapat menduga sejauh mana kemampuannnya.

"Pengalamannya dalam bidang nyanyian lebih banyak berbanding daripada diri saya. Jadi saya perlu asah bakat yang sudah lama berkarat ini dan lebih kreatif disetiap minggu persembahan, Inshaa Allah," katanya berseloroh.

Gegarvaganza akan disiarkan secara langsung bermula pada 18 Oktober ini jam 9 malam yang akan disiarkan di Astro Ria dan Ria HD.





         ________________________




No comments: