05 October 2015

SAH PUTUS - NELYDIA SENROSE INGIN SAYANG DIRI SENDIRI DULU



Pernah dikatakan putus cinta, namun pelakon Nelydia Senrose mahupun Qi Razali menafikannya. Terbaru menerusi Kosmo, Nelydia mengakui perkara itu.

Kata Nelydia, dia dan Qi telah pun putus cinta dan mahu fokus pada kerjayanya terlebih dahulu memandangkan dia sendiri masih muda.

"Terus terang, buat masa ini saya selesa bersendirian dan tidak mahu fokus fasal cinta. Kalau boleh, saya mahu buat keluarga bangga dengan pencapaian dalam kerjaya sebelum melangkah ke fasa seterusnya baik dalam alam perkahwinan ataupun perkara lain yang bakal saya ceburi.

"Saya sedar sebelum ini banyak cerita yang mengatakan saya sedang dalam persiapan untuk mendirikan rumah tangga tetapi sebenarnya tidak ada-apa perancangan yang dilakukan. Berilah saya peluang untuk fokus kepada diri terlebih dulu.

Klik gambar untuk size besar




"Saya tidak kisah jika cinta hadir kemudian. Apa yang paling penting sekarang ini saya mahu sayangkan diri saya dulu. Ini bukan bermakna saya pentingkan diri sendiri tetapi saya mahu meletakkan diri saya di satu tahap yang berbeza supaya orang lain tidak mudah memperkotak-katikkan diri ini," ujar Nelydia dipetik sebagai berkata.

Selain itu, Nelydia yang sebelum ini sudah menjalin cinta hampir tiga tahun bersama Qi enggan mendedahkan perkara sebenar yang menjadi penyebab perpisahan mereka. Namun Nelydia tidak menolak jodoh jika mereka sememangnya sudah ditakdirkan bersama.

"Kalau sudah jodoh dengan dia, saya terima ketentuan yang sudah tertulis, cuma sekarang, saya lebih selesa bersendirian memandangkan saya masih muda dan banyak lagi impian yang belum terlaksana," jelasnya.







         ________________________




No comments: