24 November 2015

27 GAMBAR - CHEF NIK MICHAEL SELAMAT NIKAH



Bekas peserta MasterChef Malaysia musim pertama dan juga pemilik restoran Picknik yang beroperasi di Publika, Solaris Dutamas iaitu Nik Michael Imran telah selamat disatukan dengan pilihan hatinya, Siti Nadiah Shahril dalam satu majlis nikah yang diadakan malam semalam di kediaman keluarga Nadiah di Mines, Sri Kembangan.





Turut kelihatan pada majlis itu beberapa orang teman artis seperti Sazzy Falak dan Yasmin Hani.

Pasangan suami isteri sebaya berusia 26 tahun ini dinikahkan bapa Nadiah dan diraikan sekitar 200 orang tetamu. Majlis persandingan akan diadakan hujung minggu ini.

Bagaimanapun media tidak diundang ke majlis nikah dan persandingan pasangan itu.

Nik ketika dihubungi BH online memberitahu dia dan isterinya dalam perjalanan ke Langkawi, Kedah untuk berbulan madu.



"Memang saya tak jemput media kerana majlis yang diadakan malam tadi bersifat intim, peribadi dan sangat kecil. Teman Chef saya pun ada yang tak dapat diundang. Saya ada juga menjemput rakan media tetapi atas kapasiti kawan dan bukannya bekerja. Terima kasih kepada yang mendoakan kebahagiaan kami," jelasnya yang bertunang November tahun lalu.

Menurut Nik Michael, dia mengenali isterinya sejak 2005 dan merupakan cinta pertamanya di sekolah menengah dulu.

"Dia sebenarnya cinta pertama saya di sekolah menengah dulu. Biasalah adat bercinta, ada pasang surutnya. Tak sangka cinta kami bertaut kembali selepas sekian lama. Hakikatnya dia wanita yang sangat memahami diri saya," katanya yang pernah menjadi juri program hiburan masakan, Kan Cheong Kitchen di 8TV.

Klik gambar untuk size besar




















































         ________________________




No comments: