24 November 2015

GV2 - ANTARA NANA, EZAD, HAIZA, FARADHIYA & NASEER... SIAPA JUARA?



Meskipun tiada siapa tahu berapa minggukah tambahan untuk Gegar Vaganza 2 terbitan Astro menuju final, namun ramai peminat yang sudah mula memilih juara mereka sendiri yang dirasakan layak menjuarai rancangan tersebut.

Antara yang menjadi pilihan kuat ialah Siti Nordiana, Naseer Wahab, Ezad Lazim, Haiza dan Faradhiya. Malah jika dilihat melalui komen-komen di laman sosial, penyanyi yang cukup banyak menerima sokongan ialah Siti Nordiana dan diikuti oleh Ezad Lazim.





 Bagaimanapun, Acong dan Azian Mazwan Safuan kurang mendapat perhatian setakat ini. Tapi tuah mereka tak siapa yang tahu kan?

Untuk info, pemenang GV2 bakal menerima hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi.

Gegar Vaganza merupakan sebuah program realiti nyanyian yang menampilkan 12 penyanyi malarsegar atau ‘one hit wonder’. Setakat ini, penerimaan penonton bagi GV2 amatlah hangat hingga ada yang mendakwa ia mampu menandingi kehangatan Akademi Fantasia.

Siapakah juara pilihan anda?







         ________________________




No comments: