11 November 2015

58 GAMBAR - SELAMAT NIKAH, MILA JIRIN KINI MILIK ISZ MUSTAPHA



Pada jam 6.20 petang tadi, juara Akademi Fantasia musim ke-5, Mila atau nama penuhnya Noorsyarmilla Jirin, 28, telah selamat bergelar isteri kepada pengurusnya, Isz Mustapha, 36, pada majlis pernikahan yang berlangsung di Ballroom III, ECity Hotel.

Klik gambar untuk size besar




Pasangan ini dinikahkan oleh Imam dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Masjid Jamek Batu 12, Puchong, Ustaz Mohamed Zainal Khamis dan berwalikan bapa Mila, Jirin Burhan.

Dalam majlis tersebut, Isz atau nama penuhnya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha telah menyerahkan mas kahwin RM1,001, wang hantaran RM23,128.70 selain lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak Mila.

Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung dalam suasana ringkas dengan dihadiri keluarga terdekat, sanak-saudara dan rakan taulan kedua dua belah pihak.



"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan seadanya. Selepas ini ada dua lagi majlis akan diadakan. Ia permulaan fasa baharu buat saya dan suami. Semoga dipermudahkan," ujar Mila dipetik sebagai berkata.

Majlis nikah itu memilih konsep pastel floral dan menggunakan khidmat syarikat milik pasangan itu sendiri iaitu Bizmilla Catering bagi penyediaan Dekorasi Pelamin, dewan serta hidangan makanan buat tetamu yang hadir.

Mila menggayakan busana rekaan pereka tempatan Seth & Luna Jimiey Whang selain jahitannya dilunaskan Lilian Choong sendiri yang bukan asing lagi dengan penyanyi dan ahli perniagaan itu.



Untuk makluman, pasangan ini akan diraikan kira-kira 2,500 jemputan dalam majlis persandingan berkonsepkan tradisional di Hotel Tabung Haji, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 20 Disember.

Seterusnya, sebuah majlis keraian akan diadakan di ECity Hotel, Subang Jaya pada 23 Januari depan.

Mila mula mengenali Isz sejak zaman persekolahan tetapi hanya di usia 20-an baharu hubungan mereka menjadi serius dan pasangan ini sama-sama menguruskan tiga perniagaan iaitu Bizmilla Catering, Baju Kurung Mila dan Restoran Embun Urai. Hasil perkongsian perniagaan, mereka sudah pun membeli rumah sendiri.

















































































































         ________________________




No comments: