11 November 2015

DIKASARI PELAKON LELAKI - PENGACARA HLIVE SHENTY ALAMI TRAUMA



"Benar, dia sudah mengasari saya. Pada awalnya, kami hanya nak berbincang mengenai lanjutan hubungan kami.," akui wartawan penyiaran yang juga hos program HLive, Shenty Feliziana mengenai dirinya yang dikasari seorang pelakon lelaki.

Klik gambar untuk size besar




Ia rentetan gambar yang menampakkan wajahnya yang cedera seperti diperlakukan seseorang sebelum ini sekitar bulan Oktober lalu.

Shenty yang juga pelakon dari Singapura itu memberitahu dia membuat laporan polis di Balai Polis di Kuang, Selangor pada 27 Oktober lalu atas faktor keselamatan diri pada hari kejadian.

Ketika kejadian dia dihantar oleh pelakon lelaki berkenaan ke tempat kerja sebelum dia ke lokasi penggambaran drama 2000KM ke Al Haram.



"Saya rasa perbalahan antara kami jadi agak tertekan... dan ketika itulah dia mula naik tangan. Cukup setakat itu yang saya boleh kongsikan," ujar Shenty dipetik sebagai berkata.

Shenty berkata, dia mengambil keputusan membuat laporan polis kerana ketakutan dan ingin melindungi

Dia yang mula menyertai HLive sejak Mei lalu, mengakui agak trauma dengan insiden berkenaan.

Bagaimanapun, beberapa hari selepas kejadian, Shenty memberitahu dia sudah menarik balik laporan polis yang sudah dibuat itu dan pulang ke Singapura untuk bertemu keluarga.

"Pada hari kejadian, saya memang mengambil masa yang lama di balai polis untuk membuat laporan polis. "Ketika itu saya ditemani rakan setugas. Oleh kerana memikirkan saya sendirian di Kuala Lumpur tanpa keluarga, saya nekad membuat laporan polis.

"Keputusan menarik balik laporan polis itu kerana beberapa sebab, termasuk hal kesihatan membabitkan bapa beliau (pelakon berkenaan) yang menghidap sakit jantung.

"Saya dan keluarga tidak sanggup menyusahkan keluarganya. Keluarga saya sendiri memahami apa yang dirasai keluarga mereka.

"Jadi apa yang terjadi ini, biarlah Tuhan sahaja yang membalas. Saya dan keluarga sudah memaafkan perbuatannya," jelasnya.

Mengenai pelakon berkenaan, Shenty menjelaskan mereka kenal di lokasi penggambaran sebuah drama sekitar Disember tahun lalu.

Mereka kemudiannya terputus hubungan selepas itu dan kembali bertemu Jun lalu dan menjadi rapat kembali kira-kira lima bulan lalu.

"Dengan apa yang terjadi, saya berharap tidak akan dikaitkan lagi dengan pelakon itu. Hubungan kami masih pada tahap perkenalan kerana selagi tak berjumpa keluarga dan tiada ikatan, apa sahaja boleh terjadi.

"Saya datang Malaysia kerana mahu mencari rezeki dan saya tak ada langsung berniat mahu meraih simpati atau mendapatkan perhatian seperti ini," katanya yang mula berlakon filem Mael Lambong arahan Ahmad Idham beberapa tahun lalu sebagai percubaan mencari rezeki di Malaysia.


Sumber: BH



         ________________________




No comments: