11 November 2015

"SAYA TAK MAHU ZAHIRAH DIPERMAINKAN" - ZAINOL MACWILSON



Kisah hubungan antara Zul Ariffin, 29, dan pelakon baru Zahirah MacWilson, 20, sejak akhir- akhir ini menjadi topik hangat lebih-lebih lagi apabila kedua-dua mereka mengakui kini sedang bercinta dan dalam fasa awal mengenali hati budi masing masing.





Zul juga sudah mengeluarkan kenyataan yang beliau sudah lama putus cinta dengan Gayatri Su-Lin Pillai dan membuat haluan masing masing sekali gus membuka peluang untuk mereka mencari teman hidup baru.

Bagaimanapun, bapa kepada Zahirah iaitu Zainol MacWilson, 56, berasa ragu terhadap keikhlasan Zul untuk berkawan rapat dengan anaknya selepas aktor itu dikaitkan dengan gosip cinta tidak kesampaian sebelum ini.

Namun, Zainol yang juga seorang pelakon era 90-an berkata, sebagai bapa dia sentiasa memantau perkembangan hubungan tersebut dan meletakkan beberapa syarat kepada anaknya itu.



"Saya tidak halang dan tidak juga galakkan mereka bercinta kerana Zahirah masih muda dan baru dalam industri. Manakala Zul pula saya banyak dengar cerita negatif tentang dia termasuk hubungannya dengan Ayda Jebat dan Gayatri Su-Lin Pillai.

"Setakat ini saya tengok sahaja sejauh mana hubungan mereka, kalau boleh saya tidak mahu Zahirah jadi mangsa dan dipermainkan oleh lelaki," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Dalam satu laman portal bekas kekasih Zul iaitu Gayatri juga telah membuka mulut hubungan mereka sudah lama putus namun enggan mendedahkan puncanya.

Zainol yang sudah lapan tahun menetap di Perth, Australia menjelaskan terpaksa pulang ke Malaysia bagi menguruskan kerjaya anaknya sebagai pelakon.

Tambahnya, sebagai seorang anak seni yang berpengalaman, dia berkali-kali menasihatkan anak sulungnya itu agar berhati-hati dan tidak melibatkan diri dengan mana-mana lelaki yang bekerja dalam dunia hiburan.

"Perkara pertama yang saya beri amaran ialah jangan terlibat dengan lelaki yang berada dalam industri, tidak kiralah pelakon, kru atau pengarah sekalipun kerana ia akan menjadi masalah kepada kerjaya.

"Tapi, apabila diberitahu oleh ibunya bahawa ada seorang pelakon lelaki cuba mendekatinya, saya terus mengambil keputusan untuk menjaga dia di sini dan ibunya pulang ke Perth menjaga tiga orang anak kami di sana," jelasnya.

Zainol memberitahu yang beliau telahpun berjumpa dengan Zul sebanyak dua kali kerana ingin perjelasan darinya mengenai kisah negatif yang sering kedengaran termasuklah hubungan dengan Ayda Jebat dan kekasihnya sebelum ini, Gayatri Su-Lin Pillai.

Zainol berkata, dia turut tersinggung apabila orang ramai menuduh anaknya sebagai seorang perampas.

"Saya sudah jumpa dia (Zul) dua kali, ada saya bertanya kepada Zul apa kaitan dia dengan Ayda Jebat dan Gayatri seperti yang saya baca di internet. Maklumlah saya sudah tidak ikut perkembangan industri hiburan jadi saya tidak kenal artis baru.

"Zul jelaskan mereka hanya berkawan sahaja, mereka dikaitkan kerana pernah berlakon bersama. Secara jujurnya saya sedih dan tidak mahu orang tuduh anak saya perampas pula," katanya



         ________________________




No comments: