30 November 2015

AKIM & STACY SAH NIKAH BULAN FEBRUARI 2016



"Kami percepat tarikh nikah iaitu pada Februari depan kerana saya tidak mahu bertunang lama-lama kerana kalau ikutkan perkenalan kami bukan baru, kami sudah enam tahun berkawan," demikian kata Akim Ahmad, 24, yang mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang dengan tunangannya Stacy, 25, pada Februari depan di kediaman wanita itu di Sabah.





Menurut Akim, mereka mempercepatkan tarikh perkahwinan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku dalam tempoh pertunangan.

Bagaimanapun tarikh nikah, Akim berkata yang dia akan umum bila kad jemputan siap.

Tambah Akim, majlis pernikahan akan diadakan di kediaman wanita itu di Penampang, Sabah, manakala majlis resepsi akan berlangsung di rumah keluarganya di Johor Baru.



Selain itu, kata Akim segala persiapan dan urusan perkahwinan sudah diserahkan kepada pihak keluarga.

"Persiapan kami sudah buat sedikit-sedikit, cuma yang besar akan diuruskan oleh keluarga, setakat ini segalanya berjalan lancar," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Tambah Akim, dia tidak sabar untuk bergelar suami dan mempunyai sebuah keluarga yang sempurna.



Sementara itu, Stacy berkata, dia bersetuju untuk berkahwin dalam masa terdekat ini bagi mengelakkan sebarang fitnah ketika tempoh pertunangan.

"Saya setuju kerana kami sudah lama berkawan dan yang penting keluarga sudah setuju. Lagi pula saya rasa tidak manis bertunang lama-lama kerana kami sering keluar bersama, walaupun atas urusan kerja ia boleh menimbulkan fitnah," jelasnya Stacy.

Untuk makluman, Akim dan Stacy mengikat tali pertunangan pada 26 September lalu dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.

Stacy memeluk Islam di pejabat Agama Islam, Johor Baru, Johor pada 24 Ogos lalu dan memilih nama Ummu Shaikhah Stacy Anam sebagai nama Islamnya.












Sumber: mStar



         ________________________




No comments: