30 November 2015

"SAYA AKAN BERKAHWIN DISEMBER INI" - NABILA HUDA



Nabila Huda atau lebih mesra disapa sebagai Abil, 31, mengesahkan yang dia bakal berkahwin buat kali kedua Disember ini selepas beberapa tahun bergelar ibu tunggal.

Difahamkan, bakal suami Abil itu merupakan seorang pengurus kepada restoran Kulcats.





Abil bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh pernikahannya, sebaliknya hanya akan memberitahu apabila kad jemputan perkahwinannya diedarkan tidak lama lagi.

"Memang benar saya akan bernikah pada Disember ini. Namun, saya tidak boleh memberitahu tarikh pernikahan kerana banyak lagi urusan yang belum selesai.

Tunggulah sehingga kad diedarkan. Saya tidak akan berkahwin secara sembunyi, tetapi akan menjemput semua pihak termasuk media," ujar Abil dipetik sebagai berkata.



Untuk rekod, Abil sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Eddie daripada kumpulan Tiga Swagger pada 6 Disember 2008 sebelum bercerai sekitar tahun 2011.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Keisha Laila yang kini berusia lima tahun.

Tahniah kami ucapkan dan semoga perkahwinan Abil kali ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.













         ________________________




No comments: