05 November 2015

"BAGAIMANA RASANYA BERBULAN MADU?" - YANA SAMSUDIN



Dengarnya agak pelik... namun itulah hakikat yang berlaku terhadap pelakon dan pengacara Yana Samsudin yang berkahwin dengan Fadzil Zahari Februari lalu.

Kata Yana, dia sebenarnya masih belum sempat untuk menikmati bulan madu sebagaimana pasangan berkahwin yang lain.





"Jujurnya saya sendiri tidak tahu bagaimana rasanya berbulan madu. Ini kerana kehidupan saya adalah bekerja dan saya suka melakukannya. Malah dua hari selepas akad nikah, saya sudah mula bekerja.

"Saya faham bila orang bertanya mengenai berbulan madu, sudah tentu mereka maksudkan bila lagi mahu nak dapat orang ketiga. Atau adakah kami merancang kerana kami belum bersedia (menimang cahaya mata),” ujarnya dipetik sebagai berkata.



Tambah pelakon itu, tidak terlintas difikirannya untuk merancang keluarga dan faham sangat maksud yang tersirat apabila keluarganya sendiri pernah menasihatinya agar lebih banyak berehat.

Bagaimanapun, buat masa ini Yana dilihat sibuk dengan kerjaya lakonan termasuk menjayakan jenama tudungnya sendiri.






Sumber: BH



         ________________________




No comments: