05 November 2015

"TAKUT NANTI ORANG AMBIL KESEMPATAN KE ATAS GAMBAR ANAK KAMI" - LISA SURIHANI



Pasti ramai peminat diluar sana ingin melihat gambar penuh Yahaira Leanne anak kepada Lisa Surihani dan Yusry KRU kan!

Walaubagaimanapun, Lisa dan Yusry ada sebab tidak memuat naik gambar anak perempuan mereka.

Klik gambar untuk size besar




Ini kerana sebelum ini mereka ada berkongsikan dua keping gambar cahaya matanya itu tetapi sudah terdapat banyak akaun palsu di laman sosial yang menggunakan gambar tersebut dan menjadi akaun untuk menjual beli dan juga servis.

"Bayangkan selepas foto kami bertiga didedahkan, kami sendiri terkejut melihat betapa banyak akaun laman media sosial termasuk Instagram yang diwujudkan khalayak atas nama Yahaira.



"Ada pula yang mengambil keuntungan di atas akaun terbabit dengan menjual barang dan perkhidmatan. Hal ini sendiri cukup merisaukan Lisa sebagai ibu.

"Kami mahu membesarkan Yahaira sama seperti kanak-kanak lain dan mengharapkan agar peminat dan orang ramai dapat menghormati privasi kami," ujar Lisa dipetik sebagai berkata.







         ________________________




No comments: