25 November 2015

ISU LUAH RASA TERKILAN TERHADAP GAMBAR 'CURI' - LISA SURIHANI BERI PENJELASAN



Sebelum ini, Lisa Surihani meluahkan rasa terkilan apabila ada peminat mengambil gambar anaknya, Yahaira Leanne secara curi-curi.

Lisa bagaimanapun disini menjelaskan yang dia mempunyai prinsip yang tersendiri iaitu tidak berkongsi gambar anaknya di alam maya. Ia adalah satu prinsip yang harus dihormati.





Tindakan Lisa yang melahirkan rasa kecewa terhadap gambar tersebut telah mendapatkan banyak komen-komen yang agak negatif. Ada yang kecewa kerana Lisa enggan berkongsi gambar si comelnya itu.

"Tak timbul soal Lisa bengang, marah atau geram apabila insiden itu terjadi. Lisa cuma terkilan sahaja. Lisa rasa Lisa tahu pekerja mana yang mengambil gambar itu dan memuat naiknya di laman Twitter. Dia seorang wanita dan Lisa sedar kehadirannya. Ketika itu Lisa, suami dan anak berada kaunter di lapangan terbang Changi di Singapura.

"Lisa nampak dia senyum pada kami, dan lisa balas senyuman kepadanya. Dia berada tak jauh daripada kami jadi lebih molek kalau bertegur sapa dan meminta izin untuk bergambar daripada mengambil gambar curi. Lisa tahu niat dia baik dan teruja untuk berkongsi gambar kami di laman maya.

Gambar yang dirakam secara curi-curi oleh peminat


"Benar lapangan terbang itu tempat awam dan kami tidak layak mengawal kebebasan umum. Apa yang Lisa luahkan ini membabitkan soal anak. Sebagai ibu dan bapa, Lisa dan Yusry ada sifat melindungi kerana Yahaira bukan selebriti.

"Jika gambar kami berdua yang disebarkan, kami okey kerana sudah masak dan kebal dengan dunia seni ini. Ini terjadi kepada Yahaira yang tak tahu apa-apa.

"Tidak timbul soal dia cuba menyorok anaknya daripada tatapan umum. Cuma seperti mana kenyataan Yusry sebelum ini, dia tidak mahu Yahaira terlalu terdedah di alam maya buat masa ini.

"Lisa tahu ramai yang nak tengok wajah Yahaira. Kalau di tempat awam, ada yang datang menegur kami dan nak tengok wajahnya… Lisa tunjukkan.

"Ada peminat yang minta izin nak ambil gambar Yahaira tetapi Lisa menolaknya dengan baik. Lisa dan Yusry berterus-terang mengenai prinsip kami. Peminat pun memahami dan mereka faham malah ada kalanya sempat bersembang sementara.

"Cuma Lisa ada mendengar cakap-cakap belakang, kalau tak nak tunjuk wajah anak lebih baik "simpan dalam rumah", sorok muka Yahaira dengan selimut atau tutup mukanya sahaja dengan topeng atau kain.

"Tapi itu juga tidak normal. Lisa mahu Yahaira membesar dengan normal. Ada juga yang cakap sekalipun Yahaira bukan selebriti tetapi tempias Lisa dan Yusry tetap ada padanya.

"Benar hal itu tak dapat dielakkan. Cuma Lisa mohon pengertian semua, biarlah Yahaira yang tetap dan putuskan nak jadi apa.

"Mahupun nak jadi anak seni sekalipun atau memiliki akaun laman sosial apabila sudah besar dan boleh berfikir. Sekurang-kurangnya hormatlah hak Yahaira sebagai individu," jelas Lisa panjang lebar.



         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...