25 November 2015

"SAYA ADA TANYA KHABAR MEREKA" - ACHEY BIDAS KENYATAAN BALU HARUN SALIM BACHIK



Sebelum ini, balu Harun Salim Bachik iaitu Surianti Mohd Nor mengadu kini hidupnya terhimpit dan mendakwa Achey menipu kerana pelawak itu tidak pernah bertanya khabar tentang anaknya serta memberikan 'share' perniagaan bersama arwah kepada beliau.





Disebabkan kenyataan tersebut, Achey telah dikritik dan dikatakan hanya cuba mencari publisiti dan menunjukkan kebaikan beliau sedangkan Achey sama sekali tidak pernah menolong keluarga Harun Salim Bachik.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 29, bagaimanapun menjelaskan bahawa perkara tersebut terdapat salah faham kerana pertanyaan khabar itu sebenarnya diajukan kepada anak sulung bekas isteri pertama Harun dan bukannya melalui Surianti.

"Saya rasa perkara ini hanya salah faham sahaja. Sebenarnya, saya ada bertanya khabar mengenai keluarga arwah abang Harun. Dan pertanyaan itu diajukan kepada anak kepada isteri pertama arwah.



"Dah alang-alang bertanya, saya tanya sekali mengenai anak-anak isteri kedua arwah juga. Itu sahaja," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Mengenai pemberian 'share' beliau kepada Surianti dan anak-anak, Achey berkata yang dia enggan membicarakan hal tersebut dengan lebih lanjut kerana beliau tidak ada sebarang urusan perniagaan bersama Surianti.

"Macam ini lah, apa yang saya boleh jelaskan, saya dan Surianti tidak ada apa-apa jalinan perniagaan pun.



"Kalau boleh saya tak mahu ulas lebih lanjut, takut isu lain pula yang timbul dan menjadi punca salah faham berlaku.

"Saya menjalankan bisnes pun dengan anak kepada isteri pertama arwah, bukan dengan Surianti," jelasnya.

Sementara itu, Achey berkata, dia tidak sangka isu tersebut menjadi berita utama dan terkejut dengan kenyataan yang diberikan Surianti.

"Saya terkejut perkara ini menjadi isu. Saya ini orang luar, takkan nak masuk campur hal keluarga mereka.

"Niat saya sebelum ini pun sekadar mahu bertanya khabar, memandangkan arwah Harun baik dengan saya dan kami saling berkongsi masalah. Mungkin perkara ini hanyalah salah faham antara dua pihak," katanya.

Untuk rekod, Surianti berkahwin dengan Allahyarham Harun Salim Bachik pada tahun 2000. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Hakeem Sufy Al-Rashid, 14, Siti Hazeera Sofea, 12,

Menerusi perkahwinan pertama dengan Martinah Ahmad, Harun memiliki empat orang anak namun perkahwinan pertama itu tidak bertahan lama.



         ________________________




No comments: