26 November 2015

NUR AURORA NAMA PUTERI DIANA DANIELLE & FARID KAMIL



"Nur Aurora dianugerahkan kepada kami dalam Subuh yang hening, sekali gus nama ini adalah perlambangan keindahan alam di permulaan hari setiap insan," demikian kata Farid Kamil yang berpakat dengan isterinya, Diana Danielle dengan memberi nama Nur Aurora kepada puteri mereka.





Nur Aurora dilahirkan pada 19 November lalu dengan berat 3.29kg di Hospital Pantai Kuala Lumpur.

Menurut Farid, nama tersebut diilhamkan bersempena waktu kelahiran si kecil iaitu kira-kira jam 4.05 pagi yang membawa makna Cahaya Fajar.

Mengenai pengalaman menemani isterinya di bilik bersalin khas itu, kata Farid, walaupun tidak memasuki tab bersama-sama, sokongan moral terus diberikan sepanjang proses berkenaan.



"Syukur, proses kelahirannya dipermudahkan kerana kontraksi hanya dalam tempoh sekejap apabila tidak sampai sejam bayi kami menjengah dunia.

"Diana memaklumkan proses kelahiran dalam air ini membantu mengurangkan kesakitan berbanding melahirkan anak sulung sebelum ini. Apa pun, saya sentiasa di sisinya," katanya yang menjaga isterinya sendiri ketika berpantang.

Kata pelakon dan pengarah itu lagi, beliau sedia berkongsi wajah puterinya apabila tiba masa yang sesuai nanti.

Untuk rekod, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada November 2012 dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad, yang kini berusia dua tahun lebih.


Sumber: BH



         ________________________




No comments: