07 November 2015

ISU TUMBUK: "BUAT MASA INI SAYA ENGGAN ULAS APA-APA" - AZMA AIZAL



"Saya memohon maaf kepada semua pihak kerana tidak dapat memberikan sebarang kenyataan buat masa ini," demikian kata pengarah Azma Aizal Yusoof, 33, yang memilih untuk tidak mengulas lanjut berhubung kontroversi mengenai dakwaan beliau memukul pelakon, Ika Nabella di lokasi penggambaran drama 'Dawai Asmara', di Hulu Klang, Isnin lalu.





Menurut Azma, beliau dinasihatkan polis untuk tidak membuat sebarang kenyataan berhubung isu itu sehingga siasatan selesai.

"Pihak polis menasihatkan saya untuk mendiamkan diri sehingga mereka selesai menjalankan siasatan. Saya akan menjelaskan kepada umum apabila tiba masanya kelak," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Terdahulu, Ika mendakwa dia dipukul dan ditumbuk di muka dan beberapa bahagian badan oleh pengarah lelaki itu.

Kejadian itu dikatakan berpunca apabila Ika didakwa gagal menjayakan watak lakonannya seperti yang diinginkan Azma sehingga pengarah muda itu dikatakan berang.

Ika difahamkan telah membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Hulu Klang, pada malam hari kejadian.

Pengarah drama siri popular 'Kerana Terpaksa Aku Relakan' itu juga menjelaskan, beliau tidak gentar berhadapan kontroversi yang menimpanya kerana berada di pihak yang benar.

"Namun buat masa sekarang saya minta supaya semua pihak memahami situasi saya buat masa ini," jelasnya.


Sumber: BH



         ________________________




No comments: