30 November 2015

JENAZAH YUS JAMBU SELAMAT DIKEBUMIKAN



Jenazah pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo, 39, telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nesam, Bintong, Perlis sekitar jam 2.30 petang tadi.

Ribuan peminat termasuk kaum keluarga, saudara mara, sahabat dan rakan artis hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.





Antara rakan artis yang kelihatan ialah Angah, Achey (Bocey) Khairi Safwan, Ajak (Shiro), Roy Azman, R2 dan beberapa lagi artis Raja Lawak.

Yus yang anak ketiga dari tiga adik beradik merupakan anak yatim piatu dan hanya mempunyak seorang abang yang masih hidup.

Abang kepada Yus, Jaafar Edoo, 53, memberitahu bahawa adik bongsunya itu pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin ketika mereka bertemu dua minggu lalu.



Kata Jaafar, Yus tidak pernah memberitahu nama gadis tersebut namun arwah telah mengumpul duit untuk melangsungkan perkahwinannya.

"Arwah ada bagitau saya nak kahwin tapi tak bagitau siapa gadis pilihannya, cuma dia kata sedang kumpul duit, selain itu arwah juga pernah merancang untuk membina rumah di kampung ini.

"Saya rasa terkilan hasratnya itu belum tercapai, bagaimanapun ALLAH lebih menyayanginya," ujar Jaafar ketika ditemui media di perkarangan Masjid Nurul Iman.

Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.










Sumber: SH & Kosmo



         ________________________




No comments: