04 November 2015

"SOAL CINTA SERAH PADA ZUL" - ZAHIRAH MACWILSON



Gambar berpegangan Zul Ariffin, 29, dan Zahirah Macwilson, 20, yang tersebar luas media sosial itu telah membuatkan ramai yang tertanya-tanya apakah status hubungan sebenar di antara mereka.





Bertanya mengenai status hubungan ini, Zahirah berkata soal cinta antara dia dan Zul hanya Zul sahaja yang boleh memberi jawapannya.

"Apa sahaja boleh berlaku. Tanyalah kepada Zul untuk mengetahui lebih lanjut. Asyik saya sahaja yang ditanya tentang isu ini. Saya memang tidak akan komen perihal peribadi. Kalau boleh tidak mahu kongsi apa-apa cerita tentang cinta.

Gambar Zul & Zahirah berpegangan tangan


"Apabila cerita ini keluar, saya anggap biasa sahaja. Ia perkara kecil dan saya perlu menghadapinya. Apa lagi boleh saya buat?" ujar Zahirah dipetik sebagai berkata.

Sebelum ini Zahirah pernah menyatakan bahawa dia dan juga Zul hanyalah kawan rapat dan menjelaskan bahawa dia selesa bersama dengan Zul.

Pastinya ramai peminat tertanya-tanya apakah jawapan daripada Zul nanti lebih-lebih lagi ada yang turut bersimpati dengan kekasih Zul, Gayatri Su-Lin Pillai jika benar Zahirah dan juga Zul menjalin cinta.



         ________________________




No comments: