03 November 2015

GAMBAR BERPEGANGAN TANGAN TERSEBAR - ZUL ARIFFIN & ZAHIRAH MACWILSON SAH BERCINTA?



Jika sebelum ini, gambar Zul Arififn dan Zahirah Macwilson dilihat keluar bersama, terbaru sekeping gambar yang menunjukkan pasangan ini berpegangan tangan ketika keluar makan bersama tersebar di media sosial.

Klik gambar untuk size besar




Gambar tersebut telah menjadi bualan ramai yang ingin tahu sejauh mana hubungan antara Zul dan Zahirah, adakah mereka ini benar-benar bercinta tetapi ingin menyembunyikan perkara tersebut? Jika mereka bercinta, apa sudah jadi dengan hubungan Zul dan Gayatri? Penuh persoalan bermain di minda peminat.

Zahirah dalam satu kenyataannya sebelum ini, dia menafikan mempunyai hubungan cinta bersama Zul namun tidak menafikan yang beliau selesa berkawan dengan jejaka tersebut dan tidak mahu berkongsi terlalu banyak kerana ianya soal peribadi.

Dengan tersebarnya gambar ini nampaknya mereka berdua perlu tampil dengan alasan baru jika benar masih belum bergelar pasangan kekasih. Mungkin mereka tidak sengaja pegang tangan kot. Mana kita tahu kan? Heh!

Gambar Zul & Zahirah berpegangan tangan


Terdahulu - Gambar Zul & Zahirah keluar bersama




         ________________________




No comments: