15 December 2015

IMPIAN JADI KENYATAAN - NANA BAKAL DUET DENGAN OPICK DI ISTANA BUDAYA



Impian Siti Nordiana bergandingan dengan penyanyi hebat disegani ramai, Opick menjadi kenyataan apabila dia bakal mengadakan persembahan di Istana Budaya sempena 'Malam Kalimah Cinta' yang akan diadakan pada 23-25 Disember ini.

"Alhamdulilah dapat berduet dengan Opick merupakan salah satu impian Nana kerana Nana sangat meminati beliau. Lagu-lagunya Nana suka dan sentiasa jadikan sebagai inspirasi. Jika dapat lagu, Nana mahukan lagu seperti lagu beliau iaitu balada dan ketuhanan. Jadi Nana sangat bersyukur diberi peluang ini berduet dengan beliau.





"Ini adalah salah satu lagi pencapaian Nana selepas GV. Bukan mudah untuk dapat berduet dengan beliau kerana dia artis besar. Jadi dapat peluang ini, tidak akan Nana lepaskan,"ujar Nana dipetik sebagai berkata.

Terpilih antara artis yang dapat membuat persembahan di Istana Budaya juga merupakan satu lagi kenangan manis bagi Nana. Justeru, dia akan cuba buat sehabis baik untuk memuaskan hati semua pihak.

"Alhamdulilah Nana diberi sekali lagi peluang untuk mengecapi zaman popular dulu ketika bersama arwah Achik. Jadi sekarang apabila dapat sekali lagi peluang tersebut Nana akan gunakan sebaik-baiknya untuk terus kekal popular dan relevan.



"Nana tak akan senyap sahaja. Nana akan muncul dengan single terbaru dari Astro dan ada juga tawaran berlakon. Semuanya masih dalam perancangan. Ini adalah hadiah untuk penyokong Nana. Jika ada jemputan ke mana-mana majlis, Nana sudi untuk hadir," jelasnya.

Difahamkan juga, jadual Nana semakin padat selepas Gegar Vaganza 2 sehingga April tahun depan.

"Setakat ini memang ada tawaran tapi tidaklah setiap hari penuh. Masih ada lagi yang boleh diisi. Jika ada tawaran dan jemputan Nana dan pengurus boleh berbincang dengan pihak-pihak berkenaan," katanya.



         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...