"Saya buang segala rasa malu dan tidak mahu fikir negatif," demikian kata pengarah drama Azma Aizal Yusoof, 33, yang terpaksa membuang rasa malu untuk berjumpa dengan orang ramai termasuk rakan-rakan dalam industri selepas terkait dengan kes pukul pelakon Ika Nabella.
Bagaimanapun, Azma bersyukur, ramai rakan seperjuangan menunjukkan rasa sokongan dan memberi kata-kata semangat supaya dia mengambil iktibar mengenai kejadian yang berlaku.

"Selepas kes tersebut saya ada banyak masa terluang beberapa bulan ini, jadi saya ambil peluang itu untuk berehat, menghadiri majlis dan berjumpa rakan-rakan dalam industri untuk bertanya khabar.
"Alhamdulillah ramai orang yang saya jumpa beri kata-kata semangat dan minta saya terus berkarya serta mengambil kejadian itu sebagai pengajaran," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Terdahulu, pada 2 November lalu, Ika mendakwa dipukul dan ditumbuk pada bahagian muka dan beberapa bahagian badan oleh pengarah lelaki itu.

Berikutan kejadian tersebut, Ika membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang, dekat sini pada malam hari kejadian.
Dalam pada itu, kes tersebut sudah pun selesai dan Mahkamah Majistret Ampang memutuskan pengarah itu didapati bersalah dan dikenakan denda sebanyak RM2,000.
Sementara itu, Azma berkata, tindakannya meminta maaf dan mengakui kesilapan tersebut juga sedikit sebanyak membantu membersihkan namanya dalam industri.
"Tawaran mengarah drama masih sama seperti dulu, tiada pula yang batalkan tawaran tersebut kerana kes itu. Pada Januari nanti saya akan arahkan telefilem bersama Suhan Movies.
"Mungkin juga tindakan saya mengaku kesalahan dan berjanji tidak mengulangi kesilapan itu mengembalikan kepercayaan untuk terus mengarah drama.
Sumber: mStar
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment