10 December 2015

TAK PERNAH CERAI - ZARINA ZAINUDDIN TUNJUK SUAMI



"Wish u luck abah,semuga Allah merahmati hidupmu, amin," kata Zarina Zainuddin sambil memuat naik gambar mesranya dengan suami.

Ini kerana, sebelum ini dia pernah disalah anggap sebagai sudah berpisah dengan suaminya gara-gara menerima terlalu banyak peluang berlakon drama.





"Memang betul saya sangat jarang nak letak gambar saya dan suami sebab banyak hati yang perlu saya jaga terutamanya madu saya. Saya dah anggap Datin Seri seperti kakak sendiri, jadi saya tak mahulah jika tersakitkan hati beliau.

"Memang benar, dah 22 tahun kahwin, tak pernah saya bawa Datuk Seri ke majlis-majlis hiburan sampaikan Datuk Seri tanya 'malu ke nak bawa saya?'. Tapi saya jawab bukan malu tapi saya sedar saya berkongsi, jadi saya kena hormat Datin Seri.



"Tapi sekarang ini bila saya aktif berlakon, ada pula yang kata saya dah menjanda. Dan ada juga lelaki-lelaki yang tak tahu fasal kehidupan saya, nak cuba-cuba dengan saya seperti nak ajak keluar dan sebagainya.

"Sebab itulah sesekali saya akan letak gambar saya dan suami. Biar orang yang tak tahu akan tahu saya sudah bersuami, masih ada suami, masih isteri orang," ujarnya yang tidak mahu terlalu menonjolkan suami.



"Saya memang jenis yang tak suka tayang suami. Cukuplah orang tahu saya dah kahwin. Kalau tayang sangat nanti lama-lama ada pula yang menyampah kan. Saya bukan sorok, siapa tahu maka tahulah, siapa nampak maka nampaklah. Yang penting, rumah tangga kami bahagia," tambah Zarina yang kelihatan natural tanpa mekap.

"Alah, kat rumah biasalah. Saya tak kisah pun. Tapi bila keluar, ya baru kita cantik-cantik," jawabnya berseloroh.


Photo: Zarima IG - Sumber: MH



         ________________________




No comments: