10 December 2015

PERNAH KAHWIN 3 KALI - TAUKE JEMPUT BEKAS ISTERI KE PERKAHWINAN KE-4



"Kami baik-baik sahaja. Mana tahu mungkin saya akan jemput bekas-bekas isteri ke majlis perkahwinan saya nanti,” ujar Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria, 39, mengenai perkahwinan terbarunya nanti.

Sebagai rekod, Tauke dan Nadia selamat bertunang pada 6 Disember lalu.





Tambah pelawak itu, sebelum ini memang dia tidak berhubung dengan bekas isteri pertama. Bagaimanapun, mereka sudah berbaik-baik baru-baru ini sekaligus dapat berhubung dengan anak-anaknya.

Tauke yang pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan mempunyai enam orang anak hasil hubungan dengan isteri pertama dan kedua sebelum ini mempunyai ramai kekasih hingga membuat media sosial menjadi kecoh seketika.



Namun akhirnya Tauke menutup mulut pengkritiknya apabila mengikat tali pertunangan dengan seorang wanita bernama Nadia, 26, yang merupakan kenalannya selama empat tahun.

Meskipun merancang untuk berkahwin pada Disember 2016... namun mereka berdua tidak menolak tarikh itu dipercepatkan jika sudah sampai jodoh.





         ________________________




No comments: