02 January 2016

DITIPU RAKAN KONGSI - FIDA IBRAHIM RASA TERKILAN



"Sedih dan terkilan kerana saya tidak sangka dia tiba-tiba berubah sikap dan membuang nama saya dalam perniagaan terbabit," demikian kata Fida Ibrahim, 29, yang mengakui dirinya pernah ditipu oleh rakan kongsinya dalam sebuah perniagaan pakaian dan barangan kanak-kanak yang diusahakan awal tahun 2015 lalu.

Menurut Fida, rakan kongsi itu bagi alasan bahawa perniagaan tersebut tidak mendapat sambutan dan ingin menutup bisnes itu secara tiba-tiba. Namun kata Fida, ketika dia lalu di kedai tersebut, ia masih beroperasi cuma dengan nama yang berbeza.





Tambahnya, dia cuba berusaha untuk bertemu dan meminta penjelasan daripada rakan kongsi tersebut, namun usaha itu hanya sia-sia.

"Sebelum ini kami hanya berbincang menerusi mesej di Whatsapp. Bila dah bagi alasan macam-macam, barulah saya sedar saya kena tipu dan banyak alami kerugian apabila saya turut melabur dalam perniagaan itu," ujar Fida dipetik sebgai berkata.

Dalam pada itu, Fida berkata, dia enggan mengambil tindakan undang-undang kepada individu tersebut berikutan dirasakan tidak berbaloi.

Katanya, biarlah insiden tersebut menjadi pengajaran paling bermakna dalam dirinya dan sebagai semangat untuk dia mencuba perniagaan lain.

"Cara pengurusannya ketika itu tidak menggunakan sebarang dokumen, hanya melalui sistem tunai dan susah untuk dapatkan bahan bukti.

"Cumanya dalam perniagaan jangan buat macam ni (menipu) sebab ada waktu kita menipu berada di atas tetapi ada masa kita akan berada di bawah, perniagaan seperti roda," jelasnya


Sumber: mStar



         ________________________




No comments: