Menerusi luahan individu tersebut, Fynn Jamal didakwa telah memotong jalan dan mengambil idea beliau untuk membuat 'Ibu sambal'. Luahan tersebut telah menjadi viral di laman sosial.
Menurut individu tersebut, beliau ada menghubungi Fynn untuk bertanyakan hal tersebut, namun jawapan Fynn benar-benar mengejutkan beliau. Katanya, Fynn ada memohon maaf tetapi dalam cara yang cukup sinis.
Setelah di selidik di Instagram Fynn, sememangnya dia ada menjual produk sambal.
Menerusi kapsyen pada gambar sambal tersebut, Fynn telah menukar nama produknya secepat mungkin selepas mengetahui tentang perkara itu dan turut menangkis beberapa dakwaan di dalam keratan mesej terbabit.
"Op. Sori sori. tak perasan Ibu Sambal dah trademark. sori sori. so takpe. Demi menjaga hati semua pihak, saya dengan ini menukar nama produk ini kepada Kepala Sambal atau lebih mesra dipanggil Bapak Sambal.
"Sebab apa? sebab BAPAKKKKK AAA sedap! ahahahahah.
"But seriously aku tak tau nak namakan apa sebab dari kecik semua surirumah dah panggil dia Ibu Sambal. sori sori sori. macam dari kecik aku selalu sebut nasi ayam. atau rojak. so dah biasa gitu, mana tau tokleh. sori okeh?" tulis Fynn di laman IGnya.
Sejauh mana kebenaran perkara ini kami tidak pasti.
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment