21 January 2016

RUJUK : KALI PERTAMA OK, KALI KEDUA DAH SERIK - FIZA HALIM



"Sebenarnya, selepas kami rujuk semula pada Julai 2014, hanya dua bulan sahaja kami bahagia. Tiga bulan kemudian, keadaan kami kembali macam dulu juga, selalu bergaduh. Hidup terus bermasalah terutamanya apabila bercakap dalam soal kewangan rumah tangga.

"Saya tidak tahan lagi hidup sebegitu dan berpura-pura bahagia. Akhirnya saya buat keputusan yang kami tidak lagi boleh hidup bersama pada hujung tahun 2015 yang lalu," itulah penjelasan Fiza Halim, 35, mengenai penceraian keduanya dengan Adam AF, 33, baru-baru ini.





Sehubungan itu, Fiza, kini berikrar tidak akan kembali semula ke pangkuan bekas suami, sebagaimana yang dilakukannya sebelum ini.

"Saya sudah serik untuk rujuk kembali dengannya setelah perkahwinan kami melalui episod perceraian sebanyak dua kali.

“Jangan kaitkan saya dengan Adam lagi selepas ini. Cukuplah dua kali kami berkahwin, saya takkan kembali kepada dia lagi. Saya serik!” ujarnya dipetik sebagai berkata.



Kini, selepas bergelar janda, Fiza nekad untuk lebih aktif meneruskan aktiviti lakonan demi mencari sumber rezeki.

“Saya punya banyak tanggungjawab, termasuklah kepada keluarga. Saya perlu terus bekerja bagi menampung keperluan hidup dan keluarga. Saya harap kemunculan semula saya dalam dunia lakonan akan membawa rezeki yang baik selepas tidak lagi berhadapan dengan masalah peribadi seperti sebelum ini,” tambahnya.



Sumber: UM



         ________________________




No comments: