13 January 2016

HAMIL 7 MINGGU - ISTERI NUBHAN AF6 KEGUGURAN DI MESIR



Selepas Datuk Siti Nurhaliza dan Elyana keguguran, terkini isteri bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-6, Nubhan, pula keguguran selepas hamil tujuh minggu.

Artikel terdahulu:

"Wife keguguran ketika kandungan berusia tujuh minggu dan keguguran ini kemungkinan faktor kurangnya penjagaan kesihatan diri isteri di Mesir.





"Kami sekeluarga di Malaysia hanya mampu memberikan moral support dari segi pemberian info tentang perkara-perkara yang harus dia lakukan.

"Isteri juga telah mendapatkan rawatan di Hospital Mesir dan dijaga oleh kawan-kawannya," ujar Nubhan dipetik sebagai berkata.

Untuk info, isteri Nubhan, iaitu Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 26, kini sedang membuat pengajian perubatan di Cairo, Mesir.

"Belum rezeki lagi... redha dan pasti ada hikmahnya... InyaAllah rezeki lain pasti ada," tambah Nubhan melalui IGnya.







         ________________________




No comments: