19 January 2016

KUTUK KICAP TEMPATAN - AZWAN ALI BAKAL DISAMAN



Kerana mulut badan binasa!

Mungkin itu ayat yang tepat buat Azwan Ali apabila dia bakal berhadapan dengan tindakan saman oleh syarikat pengeluar kicap milik Bumiputera, Tirana Products Sdn Bhd sekiranya tidak menarik balik kenyataan yang mencemarkan imej syarikat terbabit, sebelum 26 Januari ini.





“Pada 12 Januari kita sudah keluarkan satu surat tuntutan berkaitan kenyataan dikeluarkan oleh Azwan Ali melalui akaun Instagram ‘divaazwanavazz’," demikian kata peguam yang mewakili syarikat berkenaan Adnan Seman.

Notis tuntutan telah dikeluarkan 12 Januari lalu bagi menuntut Azwan menarik semula kenyataan dan video-video yang dimuat naik di laman sosial Instagramnya dalam tempoh 14 hari selepas menerima notis tersebut.

"Tuntutan selama 14 hari ini secara ringkasnya pertama, untuk beliau mengeluarkan kenyataan mohon maaf secara bertulis kepada anak guam kami dan juga mengeluarkan satu akujanji untuk tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan ataupun video yang tidak benar serta bersifat fitnah terhadap produk keluaran anak guam kami.

Iklan kicap yang menampilkan Aznil


"Kita juga menuntut permohonan maaf secara bertulis yang disiarkan dalam satu akhbar tempatan. Beliau di Instagram memaklumkan menerima notis tuntutan dan nampaknya bersedia untuk disaman.

"Azwan ada masa sehingga 26 Januari ini, sekiranya tidak memenuhi tuntutan saya akan berbincang dengan anak guam sama ada ingin meneruskan saman atau tidak,” ujarnya dipetik sebagai berkata.

"Komen-komen yang diberikan agak pedas dan melampau. Kalau pun iklan saya itu teruk ada cara untuk tegur. Kita orang Melayu dan beragama Islam.. ada cara yang lebih beradab.

Petikan dari Instagram Azwan


“Komen-komen sedemikian tidak mencerminkan peribadi dan imej yang baik seterusnya beri kesan buruk terhadap jenama. Kami tidak boleh terima," Kata pemilik bersama syarikat kicap tersebut, Dr Hilmi Murad Mohamed.

Terdahulu, syarikat itu turut menjelaskan bahawa Datuk Aznil Haji Nawawi bukanlah duta kepada produk berkenaan sebaliknya terlibat sebagai pelakon dalam iklan komersil sahaja.

Petikan dari Instagram Azwan


"Dia bukan duta tapi terlibat dalam iklan, jadi untuk isu ini tiada perjumpaan dengan Pak Nil," jelas Hilmi lagi.

Untuk info, Azwan menerusi laman Instagramnya didakwa memuat naik komen dan video berunsur provokasi ke atas iklan Kicap Tirana yang ditayangkan di televisyen, menampilkan Aznil Nawawi.

Azwan turut didakwa mengajak pengikut Instragramnya bersama-sama mengutuk iklan tersebut dengan menawarkan rendang buatannya secara percuma.



Sumber: The Rakyat Post



         ________________________




No comments: