11 February 2016

DALAM USIA 62 - WAN MAIMUNAH 'TERINGIN' KAHWIN LAGI



Meskipun perkahwinan sebelum ini hancur di tengah jalan, namun pelakon veteran Wan Maimunah, 62, mengakui yang dia masih tidak serik untuk terus mencari jodoh yang sesuai dalam usia emasnya.

Artikel terdahulu:
"Saya bersedia mendirikan rumah tangga sekali lagi sekiranya dipertemukan dengan lelaki sesuai," ujarnya dipetik sebagai berkata.





Mak Wan atau nama sebenarnya Wan Maimunah Abdul Aziz tanpa berselindung juga mengakui yang dia memang memerlukan teman hidup. Dengan adanya suami, katanya adalah seseorang akan menemaninya terutama ketika sakit termasuk menjadi imamnya.

Saat bahagia Mak Wan dan Makpol


Untuk info, Mak Wan sebelum ini (13 Disember 2013) pernah berkahwin dengan Makpol Saimon, 55, pengusaha kedai makan Kacang Pol, yang 7 tahun lebih muda daripadanya tanpa sebarang mas kahwin berbentuk wang ringgit... tetapi hanya 'bimbingan ke jalan diredai Allah'.

Bagaimanapun, mereka akhirnya bercerai pada April 2015 setelah tidak sehaluan lagi.


Sumber: HM


         ________________________





No comments: