30 March 2016

MAMPUKAH CINTA ERRA & AWIE KEMBALI BERTAUT?



Semua tahu yang Awie dan Erra Fazira bakal mengimbau kembali kenangan percintaan di zaman remaja mereka melalui sebuah filem. Namun ada juga yang berharap agar pasangan yang pernah bertunang pada 1996 ini kembali bersatu sebagai kekasih.

Ini kerana, Awie dan Erra pernah menjalin cinta selepas sama-sama membintangi filem Sembilu satu ketika dahulu. Bagaimanapun, cinta mereka tidak kekal lama apabila masing-masing berkahwin dengan pilihan sendiri gara-gara pelbagai kontroversi yang melanda.





"Projek berkenaan sudah lama saya rancang tetapi banyak perkara yang perlu saya teliti terlebih dahulu termasuk meminta kebenaran daripada Erra untuk mendedahkan tentang kisah kami dalam sebuah filem.

"Apabila saya utarakan idea berkenaan kepada Erra dia positif mengenainya dan sekiranya segalanya berjalan lancar, Insya-Allah ia akan menjadi projek terbaharu saya,” ujar Awie dipetik sebagai berkata.

Awie & Erra ketika bertunang pada 1996


Meskipun begitu, Awie menafikan yang filem tersebut bertujuan untuk mendedahkan aib mana-mana pihak sebaliknya sekadar ingin menjelaskan perkara sebenar yang terjadi. Katanya lagi, hanya perkara penting sahaja akan dimasukkan dalam cerita filem itu nanti.

Persoalannya sekarang, mungkinkah akan timbul nanti cinta lokasi sebagaimana yang berlaku terhadap artis-artis kita sebelum ini? Maklumlah... Awie dan Erra kini kembali 'single' dan kuasa Allah SWT tiada siapa yang mampu menduga.

Pendapat anda?









         ________________________





No comments: