30 March 2016

BAKAL KAHWIN LAGI - RAJA EMA AKAN BERSARA



"Saya mahu bersara selepas kahwin," kata penyanyi dan juga pelakon popular sekitar era 80an, Raja Ema.

"Sebenarnya saya merancang untuk berkahwin, namun saya akan umumkan bila sampai masanya nanti. Saya berharap agar semua mendoakan perancangan saya ini. Jadi sebab itulah saya rasa nak bersara selain fokus pada perniagaan.





"Projek 2016 pula saya lebih menumpukan kepada perniagaan sekarang iaitu menjual produk kesihatan dan kecantikan diri," tambahnya.

Mengenai penampilannya yang makin menawan, langsing dan nampak muda... katanya jika dulu dia mempunyai plus size namun sekarang dia sudah di fasa yang kurus.



“Berat badan sekarang 67 kilogram, tapi saya mahu dapatkan target sekitar 65 kilogram pula. Untuk menurunkan berat badan semestinya saya menjaga cara pemakanan yang sihat selain mengamalkan produk sendiri.

“Saya juga ada menggunakan korset untuk menjaga pemakanan harian supaya tidak terlalu makan banyak. Secara tidak langsung akan mempengaruhi penurunan berat badan dan dapat hasil sekarang," jelasnya kepada MH Online.

Untuk rekod, Raja Ema pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Sheqal dan dikurnikan dua orang anak iaitu Putera Ammar, 21, dan Putera Al Kashah, 19.



         ________________________





No comments: