10 March 2016

TAHNIAH - ELLY MAZLEIN KINI BERGELAR IBU



Pelakon Elly Mazlein, 36, akhirnya menjadi seorang ibu apabila dia selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.5 kilogram pada jam 6.30 petang semalam.

Berita gembira itu disahkan sendiri oleh Elly menerusi laman Instagram miliknya.

Bayi perempuan yang dilahirkan itu menjadi pengubat duka buat Elly yang sebelum ini pernah mengalami keguguran pada Januari tahun lalu.





Difahamkan, Elly bersalin dua minggu awal dari tarikh jangkaan bersalin iaitu pada hujung bulan ini.

"Alhamdulillah, saya selamat bersalin secara normal. Anak juga dalam keadaan sihat.

"Jika tidak ada sebarang masalah, doktor membenarkan saya pulang esok, tetapi saya minta untuk berehat selama beberapa hari dahulu," ujarnya dipetik sebagai berkata.

"Tengah hari tadi (semalam) suami menemani saya pergi membuat pemeriksaan. Dalam masa sama doktor memberitahu rahim sudah terbuka 2 sentimeter.



"Disebabkan itu saya terus dimasukkan ke wad. Sementara suami pula terpaksa membatalkan penggambaran hari ini," tambahnya melalui Harian Metro.

Menurut Elly, dia akan berkongsi nama dan wajah anak perempuannya selepas tujuh hari kelahiran.

"InsyaAllah lagi seminggu saya share gambar Baby Puteri ya..," kata Elly lagi di laman IGnya pula.

Untuk rekod, Elly selamat bergelar isteri kepada Azmi Hatta dengan dua kali lafaz di surau As Sakinah Putra Perdana, Puchong, Selangor.



         ________________________





No comments: