15 April 2016

INFO - WAHID SATAY KINI BERUSIA 86 TAHUN



Tahukah anda selepas tidak berlakon lagi, Wahid Satay yang pernah bersahabat dengan Allahyarham Tan Sri Pramlee satu ketika dahulu bekerja sebagai penyelam bagi membetulkan jaring yang terlekat di kipas kapal dan sekali sekala dia juga ada mengemudi kapal di sebuah syarikat perkapalan.

Akibat kerja tersebut, ia telah memberi kesan pada kesihatan fizikalnya. Pendengaran telinga kanannya kini sudah tidak berfungsi lagi.





"Telinga saya bahagian kanan sudah tidak dengar, tapi kalau sebelah kiri masih boleh lagi,” ujar Wahid.

Malah nada suaranya juga sudah sedikit bergetar.

Untuk info, usia Wahid kini sudah mencecah 86 tahun.

Mengenai beberapa cerita yang tidak benar mengenai Allahyarham P.Ramlee... ia sebenarnya pernah membuat Wahid terkilan.



Jelasnya memang betul semasa hayatnya, ada yang suka tidak kurang juga yang membenci seniman itu. Tetapi, Allahyarham P.Ramlee langsung tidak peduli mengenai perkara tersebut.

"Sepanjang saya kenal Wak (Pramlee), dia memang tidak pernah mengata orang biarpun dia tahu ada yang membencinya.

"Bagi dia, suka atau tidak itu terserah kepada perasaan masing-masing. Begitu baik P.Ramlee pun masih ada yang mahu berkata buruk kepada dia,” ujarnya mengimbas kenangan lama.


Sumber: Utusan


         ________________________





No comments: